klik header abg ben kalau nak join.
nurcahayaqaseh
kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita, kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan, Puas kita menangis mencari mana insan kesayangan kita, Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita rindu berpanjangan.
Thursday 7 July 2011
Wednesday 6 July 2011
HIDUP UMPAMA RODA TAPI AKU TETAP BERSYUKUR.
hidup ni umpama roda. kejap kita kat atas dan kejap lagi kita kat bawah. bila selesa kat atas kita lupa sakitnya bila berada di bawah.lupa bersyukur - mudah menyalahkan takdir.
itu yang berlaku pada aku tika ini. kalau dulu akulah antara pelajar terbaik, tapi sekarang akulah penganggur terbaik - sebab hampir dua tahun aku menganggur. kalau dulu aku punya teman sekeliling pinggang tapi sekarang aku seperti ditinggalkan.
kenapa semua ni terjadi? seperti alasan yang acap kali kita dengar - ada hikmah yang tersembunyi - ya! aku tak nafikan dengan ketentuan yang Esa tapi adakalanya aku terfikir adakah ini dugaan atau balasan dengan apa yang telah aku buat sebelum ni.
dan - bila aku fikirkan balik itu semua balasan dengan apa yang aku lakukan. jika dulu aku bangga dengan kejayaan yang aku miliki tapi kini aku malu dengan apa yang aku hadapi. seorang pelajar terbaik, punya ijazah sarjana muda tapi masih menganggur?
bila berjaya - lupa berterima kasih pada Allah. itulah aku. aku akui kekhilafan aku dulu. dan bila aku berada ditahap yang amat memedihkan ini aku cuba bersyukur dengan pemberian Allah ini. walaupun tidak bekerja tapi aku berpeluang menjaga kebajikan kedua orang tuaku. alhamdulillah~
mungkin nikmat ni tidak dapat tidak dapat kurasa bila aku sudah bekerja.
Thursday 23 June 2011
CERITANYA BERMULA DI SINI.
assalammualaikum & salam sejahtera..
hari ni genablah 25 tahun 6 bulan usiaku di muka bumi Allah ni. alhamdulillah, atas kehendaknya aku masih bisa bernafas. namun perjalanan sepanjang 25 tahun 6 bulan ni telah kulalui dengan penuh rintangan dan dugaan.
sebenarnya sudah lama aku membaca blog - blog insan lain. sekadar menjadi silent reader. entah kenapa hari ini hatiku ingin sekali meluahkan rasa pada insan lain. jadi aku pilih blog untuk berkongsi suka dan duka yang aku lalui selama ni.
bukan ingin memohon simpati cuma ingin bersama berkongsi cerita dan mencurah rasa agar menjadi panduan pada yang perlu. menjadi ingatan pada yang mahu. cuma yang ingin kunyatakan ceritaku hanya cerita biasa - biasa. tiada apa yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)